Lelaki Berkerjaya Dari Perak Ini Pilih Nak Tinggal di Pasaraya. Bila Ditanya Ini Jawapannya Yang Buat Ramai Rasa Pelik

Lelaki dari Perak ini gaji beribu, ada rumah sewa tp pilih tinggal di Pasaraya. Bila ditanya kenapa, ini jawapannya. Memang pelik

Setiap orang mahu memiliki sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Tetapi tidak buat lelaki yang bernama Chen Jinfu ini. Dia memilih untuk tinggal di shopping mall dan perkara itu telah lama dilakukannya. Lelaki warga Malaysia yang berusia 35 tahun ini dilaporkan telah ‘mendiami’ Pusat membeli-belah Jurong Point selama hampir 4 tahun.

Menurut laporan media di Singapura, Lianhe Wanbao semalam, Chen menggunakan segala kemudahan seperti air, elektrik, dan WiFi di pusat membeli-belah tersebut secara percuma.

Pusat membeli-belah itu sangat selesa sebab ada ‘aircond’

Chen mengatakan suasana di pusat membeli-belah itu sangat selesa kerana mempunyai kemudahan air-conditioning dan banyak kemudahan fasiliti seperti pasaraya 24 jam. Malah ia juga boleh mengecas telefon bimbit miliknya tanpa sebarang caj.

Mungkin ramai beranggapan dia merupakan seorang gelandangan. Tidak, tanggapan itu ternyata salah. Chen bahkan menyewa sebuah bilik dengan menggunakan duitnya sendiri.

Chen yang berasal dari Ipoh, Perak itu bekerja di sebuah kilang elektronik. Dia menyewa sebuah bilik yang dikongsi berdua di Boon Lay, satu kawasan kejiranan yang terletak di bandar Jurong West dengan harga SGD250 (RM780) sebulan.

Mungkin ia kedengaran agak pelik, tetapi Chen memberitahu dia berasa sukar tinggal di bilik tersebut kerana di sana sangat panas, sempit, malah tidak ‘sebulu’ dengan penyewa yang lain. Dia hanya akan pulang sekali atau dua kali seminggu hanya untuk mandi dan membersihkan diri.

Chen tidak mempunyai port yang tetap untuk bermalam di sana. Dia boleh tidur di mana-mana sahaja termasuklah di kawasan tangga dan kaki lima di pasaraya tersebut.
Kenapa sewa bilik tapi tidur di pusat beli belah tersebut?
Padanya itu lebih baik berbanding bermalam di dalam bilik yang disewanya itu. Tetapi kenapa Chen perlu menyewa bilik sedangkan dia lebih selesa ‘tinggal’ di kawasan pusat membeli-belah tersebut?

Seperti yang dilaporkan, dia memberitahu bahawa dia sangat perlu menyewa mana-mana tempat walaupun dia ‘tinggal’ di pusat membeli-belah tersebut kerana dia memerlukan alamat tetap untuk pas bekerja.

Chen sudah bekerja di Singapura selama 10 tahun dan pendapatan beliau kini adalah sebanyak SGD1,000 bersamaan RM3,125 sebulan. Dan bagaimana pula Chen boleh melakukan perkara ini bertahun-tahun tanpa ditangkap walau sekalipun?

Dia memberitahu bahawa dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah setakat ini. Menurut jurucakap Jurong Point, dia dibenarkan untuk tinggal seberapa lama yang dia mahu tetapi dia tidak boleh mengganggu mana-mana aktiviti yang diadakan di pusat membeli-belah tersebut.

“ Jika Chen Jinfu menggunakan kemudahan kami dalam cara yang sesuai tanpa menimbulkan apa-apa kekacauan, gangguan atau ancaman kepada keselamatan pusat membeli-belah, kami menyambut dia seperti mana-mana pembeli yang lain,” kata beliau seperti yang dilaporkan The Straits Times.

Mujur pihak pengurusan tak kisah
Beliau berkata pihak pengurusan pusat membeli-belah adalah sangat “bermurah hati” kerana pelanggan boleh menikmati dan menggunakan Wi-Fi percuma yang telah ditawarkan sejak 2015.

Chen juga dilaporkan sering ke Johor untuk membeli barang-barang keperluan hariannya. Chen melakukan ini hampir setiap hujung minggu untuk memaksimumkan simpanan.

Dia hanya akan kembali ke Ipoh sekali setahun untuk melawat ibu bapanya semasa Tahun Baru Cina kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk pulang ke sana. Dia berkata dia sering menghantar wang kepada ibu bapanya dari semasa ke semasa. “ Kos sara hidup di Singapura adalah sangat tinggi. Jadi wang yang ada hanya cukup untuk menyewa sebuah bilik untuk tidur,” kata chen.

Baru menjangkau usia 25 tahun, Daiyan trisha dah memiliki rumah sendiri..betul ke..

Nampaknya usaha keras Daisyan Trisha selama hampir beberapa tahun menceburi bidang seni akhirnya mendatangkan hasil, apabila penyanyi dan pelakon sudah membeli rumahnya sendiri di usia 25 tahun.

Daiyan berkongsikan berita gembira itu kepada peminatnya di akaun Instagram miliknya. Menurut Daiyan, dia menyimpan impian untuk membeli rumah sendiri ketika berusia 23 tahun lagi.

Ujarnya lagi, dia mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu. Meskipun proses membeli rumah agar sukar, namun dia berjaya membeli rumah jenis kondominium yang terletak di ibu kota.

“Saya mula kumpul duit kira-kira dua tahun lalu selepas meninjau beberapa kediaman untuk dibeli. Ternyata prosesnya agak susah juga dan banyak perkara baru saya belajar.

“Saya bekerja keras untuk memastikan dapat beli kediaman sendiri. Kalau kita ada perancangan dan kuatkan hati, Insya-Allah apa yang dicita-citakan akan jadi kenyataan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, menerusi Instagram, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah dan bangga di atas pencapaian Daiyan. Malah, ada yang menjadikan kisah Daiyan ini sebagai inspirasi dan kagum dengan penyanyi itu kerana masih ramai mereka di luar sana yang masih bergelut mencari pekerjaan di usia 25 tahun.

Keburukan porting blok lubang exzos 2 strokes

Hai..dan salam sejahtera dan salam satu malaysia..seperti yang anda tahu sukan permotoran di malaysia sekarang semakin menjadi jadi..sudah pun menjadi turun temurun dari zaman dulu kala lagi..ok..

Motorsikal..dua lejang atau empat lejang dengan bahasa rempit nya ialah two strokes dan four strokes..ok sekarang ni saya cerita sedikit ilmu yang saya tau tentang porting blok yang digunakan pada motor two stokes..ramai sekarang mat mat motor atau mat rempit yang mahu motor nya jadi laju dgn mengubahsuai atau mengupgrade kelajuan menjadi lebih power..salah satu nya ialah dgn mengubahsuaian pada top enjin iaitu head blok..seperti mengubahsuai lubang exzos, seven port, dan bermacam lagi bergantung pada jenis motor..

Okay bro..kt sini aku nk cerita pasal KEBURUKAN porting lubang exzos..biasa korang dengar power die je kan..haa ni aku nak cerita kat korang pulak pasal keburukan atau effect la senang cerita..ok..

Lubang exzos ini amat penting sebenarnya dalam pengubahsuaian kelajuan..ukuran mestilah tepat dan mesti dikira dgn betul bacaanya..permukaan mestilah licin dan rata seperti lubang asal original sebelum porting..kebiasaanya selepas porting pomen korang mst gosok pakai kertas pasir seribu je kan..sebenarnya tk berapa bagus..korang kene ratakan pakai mesin porting gunakan mata yang sesuai untuk permukaan yg diporting jadi rata..

Selain itu..kiraan berapa korang bukak untuk porting amatlah penting..tk boleh main bukak je suke hati kau nak korek berapa besor..lebih lebih lagi pada lubang exzos belah dalam..pastikan belah bawah jgn korek smpai ring terlebih..boleh menyebabkan jem..pada lubang ezos belah luar pula..korang jgn korek terlampau besar melebihi ukuran miningfool exzos..jika terlebih moto korang akan menjadi sebu, gear jatuh, top speed takde dan bermacam macam lagi..oleh itu porting lah mengikut saiz miningfool exzoa yang disarungkan..ingat ini amat penting kalau dah terlebih alamatnya buang je la blok tu..haha..

Ok geng..itulah keburukan yang aku nk kongsikan pada korang..ok semoga kita berjumpa di cerita akan dtg..hati hati merempit bossku..hehe..ok geng sekian terima kasih..